Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat adik beradik PMKUM,
Pertama sekali, Abewe ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pimpinan PMKUM sesi 2010/11 dan pelaksana KENUM’10 khususnya yang telah bertungkus lumus bagi memastikan KENUM’10 dapat dilaksanakan dengan jayanya pada hari Khamis(14 Oktober 2010) yang lepas.
Untuk makluman semua, Konsert Gema Nasyid Universiti Malaya (KENUM’10) ini merupakan program yang julung kali dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) pada sesi kali ini. Walaupun ianya baru julung kali diadakan, namun dengan kesungguhan yang telah ditunjukkan, program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Program ini yang bertemakan “Hiburan Berinformasi Santapan Rohani Membentuk Mahasiswa Berkualiti” diharapkan dapat melahirkan kelompok mahasiswa yang menjadikan hiburan sebagai satu alternatif untuk mengislahkan diri ke arah yang lebih baik seterusnya mampu melahirkan individu yang mempunyai personaliti sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi berkualiti.
Adik-adik Abewe sekalian,
Irama nasyid pada suatu masa dahulu hanya diminati oleh kelompok yang tertentu sahaja, namun irama pada masa kini telah dapat menarik lebih ramai peminat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang menjadikannya sebagai irama yang universal dan dapat diterima oleh semua golongan.
Harapan Abewe, semoga dengan terlaksananya program seperti ini mampu menjadi medium untuk mengumpulkan seluruh mahasiswa Universiti Malaya di dalam satu program. Abewe mengharapkan agar program seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada sesi kepimpinan yang akan datang dan seterusnya dapat menjemput lebih ramai lagi artis nasyid untuk turut serta dalam konsert seperti ini.
Abewe juga mengharapkan agar semua pihak akan mendapat manfaat dan faedah daripada penganjuran konsert ini. Akhir sekali, terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan baik dari segi tenaga mahupun material bermula daripada pihak pentadibiran Universiti Malaya sehinggalah kepada ahli jawatankuasa pelaksana KENUM’10 sendiri. Abewe berharap semua yang hadir pada malam ini akan terus memberikan sokongan dan kerjasama di dalam setiap program yang dianjurkan oleh PMKUM pada masa akan datang.
~ ~ Salam Cakno Belako Puok Kito ~ ~
Wan Azfar Syahmi bin Wan Mohd Ghazali
YDP Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya(PMKUM)
Sesi 2010/2011
p/s: Abewe sertakan sekali gambar-gambar sewaktu KENUM'10 sedang berlangsung. :





PMKUM...in the company of lovers~
ReplyDeleteInshaAllah...semoga usaha2 sebelum dan mendatang diredhai Allah. PMKUM success membawa wadah Islam dalam bentuk yang lebih indah...bahkan makin dekat di hati2 manusia.
Terus melangkah...never give up!~
terima kasih kpd abewe yg banyak membantu kenum dilaksnakan.....tanpa pmkum,tak wujud kenum,tanpa bantuan rakan2 pimpinan maka tak lancar kenum `10......terima kasih sekali lagi dr aqil-bekas pengarah kenum`10
ReplyDeletetahniah we. cuma kena tengok balik membenarkan wanita menyanyi mengikut hukum syara'. Kalau ikut hujah dari lmn web u.zaharuddin, jelas haram. tapi mungkin pmk ada hujah sendiri. wallahua'lam. apa-apa pun semoga maju jaya =)
ReplyDeleteBro Khalil