Alhamdulillah, Abewe berasa gembira kerana program Sehari Bersama Pimpinan (SBP) anjuran PMKUM berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada hari Ahad lepas (10 Oktober 2010). Sesungguhnya program kali ini telah mencapai objektifnya yang tersendiri iaitu untuk merapatkan ukhuwwah antara pimpinan dengan ajk program serta memberi penerangan dan pendedahan berkaitan dengan kepimpinan dalam islam. Selain itu, program ini juga diadakan untuk memberi penerangan berkaitan dengan PMKUM.
Menariknya, program kali ini berjaya menarik lebih kurang 50 orang anak-anak Kelantan yang belajar di kampus UM untuk turut serta. Abewe merasakan program kali ini sangat unik jika hendak dibandingkan dengan program-program PMKUM yang lain. Hal ini dapat dilihat pada awal program di mana semua jawatankuasa pelaksana SBP, pimpinan PMKUM serta peserta-peserta SBP berkumpul di Masjid Ar-Rahman seawal jam 7.30 pagi. Kemudian, kita bergerak ke Taman Jaya secara beramai-ramai dengan menaiki LRT. Abewe berasa cukup gembira dengan komitmen dan disiplin yang tinggi ditunjukkan oleh adik beradik PMKUM sepanjang program ini berlangsung.
Abewe berharap agar setiap input yang diperoleh melalui program SBP ini dapat digunakan sebaiknya oleh adik-adik PMKUM Abewe yang hadir pada hari itu. Abewe berharap adik-adik terhibur dan faham mengenai apa mesej yang kami cuba sampaikan melalui aktiviti-aktiviti menarik yang ditampilkan. Antaranya ialah slot Apa Khabar Ore Kelate(AKOK), slot ceramah bersama Ustaz Nik Abdul Razak, dan slot ceria. Selain itu, satu forum yang bertajuk 'The Power Of Dream' telah diadakan yang membariskan Kak Zainab (NYDP Pengurusan), Abewe (YDP PMKUM) dan Ustaz Zul Amirul (Ex Officio PMKUM) dan dipengerusikan oleh Che Rozaihan (Timb SUA PMKUM). Abewe juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada ex-officio kita, Ustaz Zul Amirul di atas kesudian beliau menjadi ahli panel forum terbabit.
Akhir kata, Abewe ingin menyeru kepada diri Abewe sendiri serta kepada semua adik beradik PMKUM agar bekerjasama antara satu sama lain demi menggapai visi dan misi PMKUM sendiri. Abewe berharap sangat agar kita semua dapat bersatu padu antara satu sama lain untuk memajukan PMKUM hingga ke peringkat antarabangsa. Abewe tutup entry blog ini dengan beberapa keping gambar untuk dikongsikan kepada adik-beradik PMKUM. Semoga tautan ukhuwwah antara kita terjalin sehingga ke syurga.
~ Cakno Belako Puok Kito ~
Wan Azfar Syahmi bin Wan Mohd Ghazali
YDP Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya(PMKUM)
Sesi 2010/2011
![]() |
| Abewe bersama ex-officio PMKUM |
![]() |
| Gambar Candid Bersama Ex-Officio serta adik beradik PMKUM yang lain |
![]() |
| Gambar kenangan dengan adik beradik muslimin PMKUM |
![]() |
| Gambar adik beradik muslimat PMKUM |
![]() |
| Abewe bersalaman dengan Ustaz Nik Abdul Razak |
![]() |
| Abewe bersama adik beradik PMKUM di Masjid Ar-Rahman sebelum bertolak ke Taman Jaya |






trima kasih jgk coz pimpinan PMKUM anjur program camni...at least kenal jgk snior2 sesama negeri...
ReplyDelete